Salam buat semua...saya Nana berkongsi dengan anda semua tentang apa itu unit trust CIMB atau unit amanah dan kebaikannya. Selamat membaca J. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan ini hubungi saya 0173406898.
CIMB merupakan salah satu institusi kewangan terbesar yang terdapat di Malaysia dan CEO CIMB ini adalah Dato' Nazir Tun Razak yakni anak kepada bekas perdana menteri kedua Malaysia dan juga adik bongsu kepada Timbalan perdana menteri Malaysia, Dato Najib Tun Razak. Telah di korporatkan pada 17 Disember 1990. Sebelum bergelar CIMB, dahulunya dikenali sebagai SBB Mutual. Merupakan syarikat unit trust yang pertama yang diluluskan untuk menjalankan pelaburan ke luar negara pada 1995. Seterusnya menjadi syarikat unit trust yang pertama dianugerahkan status IUTA ( Institutional Unit Trust Agents). CIMB unit trust merupakan juga adalah mempunyai dana islam yang terbesar di Malaysia. Dan yang terbaru, CIMB akan melancarkan dana baru yang iaitu Islamic Global Equity untuk pelaburan melalui tunai (cash) pada 8 Januari 2008.
Unit trust atau unit amanah ini konsepnya sama seperti ASB (amanah saham bumiputera). Yang membezakan unit trust CIMB dengan amanah saham bumiputera adalah unit amanah CIMB tidak memberikan pinjaman kepada pelabur-pelaburnya dan juga memberi pulangan melebihi amanah saham bumiputera atau lebih dikenali dengan ASB. Antara kelebihan unit trust ini adalah tiada had untuk melabur dan pulangan tinggi dari 10% - 15% dan lebih tidak seperti ASB akan memberi pulangan kepada pelabur-pelaburnya secara tetap 7% - 9% ,tetapi pada tahun ini ASB memberikan pulangan 8% dan jumlah wang pelaburan terhad yakni sehingga rm 250,000 sahaja. Selebihnya tidak akan dikira sebagai pulangan.
Unit trust ini boleh juga dikatakan pool of money ataupun tabung dana yang mana memuatkan duit-duit pelabur yang melabur di dalam CIMB. Kesemua duit para pelabur akan disatukan didalam tabung dana tadi. Pelabur-pelabur yang melabur dalam unit amanah ini terdiri daripada dua jenis iaitu secara korporat (corporat) dan perseorangan (personal). Perseorangan pula boleh dibahagikan kepada kepada tiga yakni tunai (cash), kwsp atau epf tetapi hanya akaun 1 sahaja, dan juga auto debit (auto debt). Duit-duit pelabur yang terdiri daripada syarikat dan juga perseorangan akan diuruskan oleh Professional Manager of CIMB di bawah CIMB Asset Management. Tugas Professional Manager of CIMB adalah mengagihkan duit para pelabur ke beberapa portfolio,yang mana portfolio tersebut terdiri daripada simpanan tetap (fixed deposit), bond, bursa saham kuala lumpur (KLSE), projek-projek besar kerajaan (Malaysia government sector(MGS),dan juga pelaburan ke luar negara (offshore).Antara lain-lain perbezaan unit amanah CIMB dengan amanah saham bumiputera ialah trustee. Trustee adalah badan-badan luar yang tiada kaitan dengan CIMB Group, yang memantau Professional Manager of CIMB menjalankan tugas dengan baik. Contohnyer sekiranya pelabur memilih dana islamic, trustee tadi akan memantau professsional manager melaburkan duit pelabur tadi ke tempat-tempat yang halal. Antara trustee yang yang bekerjasama dengan unit amanah CIMB adalah Amanah Raya Berhad, Arab Malaysian, HSBC, Maybank, Am Trustee, Universal Trustee dan lain-lain lagi. Trustee-trustee ini menerima arahan daripada SC (security comission) dan diluluskan oleh BNM (Bank Negara Malaysia).
Jadi proses unit amanah di bawah naugan CIMB ini sememangnya selamat. Untuk mendapat pulangan 10 – 15 % p.a , pelabur-pelabur mestilah mengikut pelan yang ditetapkan iaitu 3 – 5 tahun medium ke jangka panjang. Walaupun begitu wang pelaburan pelabur tidak akan di kunci (lock) sebelum tempoh berkenaan. Medium ke jangka panjang tadi untuk memaksimakan wang pelaburan para pelabur, melebihi jumlah wang yang dilaburkan. Sekiranya pelabur-pelabur mengikut pelan yang ditetapkan nescaya pelabur-pelabur sekalian tidak akan mengalami kerugian.
Antara faedah atau jenis pulangan yang diberikan oleh unit trust adalah dalam bentuk bonus yakni diberikan dalam bentuk unit, dividen dalam bentuk Rm, dan juga keuntungan atas modal (capital gain). Keuntungan atas modal bermaksud pulangan melebihi modal yang dikeluarkan. Sebagai contoh pelabur membeli pada harga 0.50 dan kemudiannya menjualkan nya denagan harga 0.90. Bermakna pelabur memperolehi keuntungan sebanyak 0.40 seunit.Tetapi hanya unit amanah sahaja yang mempunyai keuntungan atas modal.
Mengapa unit trust ini diwujudkan adalah kerana untuk menampung inflasi yang semakin meningkat di negara Malaysia ini. Inflasi boleh juga dikategorikan sebagai money virus, yang mana ianya mengurangkan nilai wang. Secara sedar atau tidak setiap tahun pasti inflasi ini bertambah. Harga barangan keperluan meningkat, lama-kelamaan nilai matawang ringgit malaysia ini menurun dan sedikit nilainya. Sebagai contoh harga secawan kopi 2 tahun lalu adalah rm 0.70 tetapi sekarang anda perlu membayar secawan kopi yang sama dengan harga rm 1.40. Harga telah berganda walaupun ianya sama. Secara purata kerajaan mengumumkan inflasi di kawasan bandar adalah diantara 6% berdasarkan akbar The Star pada 27 May 07.
0 comments:
Post a Comment